RINDU SAHABAT :')

2/03/2014 09:25:00 PM

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw.
Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.”.
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud :
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman.”
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
Semoga kita juga punya kisah seperti di atas. Mempunyai sahabat yang menangisnya dan ketawanya kerana kita. Mempunyai sahabat yang menangisnya kita dan ketawanya kita bersamanya. Mempunyai sahabat yang boleh berkongsi syurga.
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah An-Hujurat 49: Ayat Ke 10)
 
rindu-itu-kurniaan-dari-allah

sebuah coretan :
Aku telah menerima khabar daripadamu. Tampaknya kau agak kecewa dengan dirimu. Tentang keputusan SPMmu, tentang rakan-rakanmu, tentang impianmu yang nampaknya agak kabur untuk kaulihat, menurutmu.
Sahabatku yang kurindui kerana ALLAH,
Aku merindui dirimu. Aku merindui kekuatanmu. Malah aku sungguh cemburu kepadamu! Mengapa? Aku dapat mengagak, kau pasti akan berkata, keputusanku lebih baik daripadamu. Aku kini telah berjaya menyambung pelajaran, tidak sepertimu.
Aduhai sahabatku, hidup ini sungguh lebih luas dan besar maknanya daripada setakat keputusan SPM dan universiti semata-mata. Tidak kunafikan kepentingannya, tapi sahabatku sayang, pandanglah hidup yang sementara dan fana ini daripada sisi yang berbeza.
Aku sering teringat kata-kata Dr. Danial Zainal Abidin lewat salah satu ceramahnya;
“Apabila manusia melihat dunia ini daripada dimensi akhirat, dia akan berasa dunia ini amat kecil sekali.”
Sahabatku yang kucemburui kerana ALLAH,
Aku cemburu kepadamu kerana sungguh, ALLAH sangat banyak mengujimu! Hidup beberapa tahun denganmu cukup menjadikanku saksi atas segalanya. Masya ALLAH, sayang sungguh ALLAH kepadamu, sahabatku. Ingin tahu kenapa aku cemburu?
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Surah Al-Baqarah, ayat 286.
Dan memandangkan ALLAH memberikan ujian yang menurut perhatianku agak mencabar, ini maknanya kau memang orang yang hebat dan cukup layak diberikan ujian yang juga hebat! Itu kata ALLAH dalam ayat terakhir Surah Al-Baqarah tersebut, sahabatku. Cemburunya aku, sahabat. Kau sungguh hebat. Kau orang terpilih. Hanya kau yang cukup layak bagi ALLAH untuk menjalani ujian tersebut. Kau, sahabatku. Bukan aku. Bukan kami,sahabat-sahabatmu. Tapi kau. Kau yang terpilih!

Dan aku tumpang gembira, sahabatku.
Sahabatku yang kusayangi kerana ALLAH,
Teruskanlah perjuanganmu, sayang. Jangan pernah berputus asa daripada rahmat ALLAH. ALLAH does not say the road is going to be easy, but ALLAH does say that ALLAH is going to be with us, forever.
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah:153)
“Sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar.” Nah, ini buktinya, ALLAH bersamamu, sahabatku!
Bersabarlah demi mardhatillah, sahabatku.
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya.”
(Al-Kahfi:28)
Ketahuilah, bahawa ALLAH tidak sekali-kali menciptakan kita dengan sia-sia. Ketahuilah bahawa setiap orang, setiap organism, setiap benda, sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya ada kelebihan dan hikmahnya, asal saja kita mahu berfikir.
Even parasites have their own specialities, which is having thick outer cuticle, in order to resist the hydrolysis by the enzymes of the host.
Begitulah kita sepatutnya jadi sahabatku. Kuatkan prinsip dan pegangan diri. Biarlah apa orang kata, biarlah THICK OUTER CUTICLE kita yang diperbuat oleh IMAN DAN TAKWA itu kekal memagari diri, agar diri terpelihara, agar semangat tetap membara, walau apapun yang dating, cuba mempengaruhi kita agar putus asa daripada rahmat-NYA, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pemberi Rezeki.
Jadilah seperti parasite yang sentiasa dapat mengikis enzyme yang disuntik syaitan laknatullah dengan thick cuticle of iman dan takwa.
Lihatlah, sedangkan parasit yang kita benci dan geli ini pun, ada hikmah di sebalik penciptaannya yang boleh kita fikir. Apatah lagi kita, manusia. Apatah lagi dikau, sahabatku, yang lengkap dengan akal yang sempurna, malah terbukti selaku seorang hamba-NYA yang taat dan tabah pula. Tentu dikau satu hari nanti boleh melakukan perubahan pada dunia ini, walaupun hanya kepada seorang, tetap pasti ada hikmah penciptaan dirimu kepada dunia ini. Everyone may not be good, but there is something good in everyone, insyaALLAH. Ketahuilah, dunia ini mungkin sahaja tidak lengkap tanpamu!

cr. iluvislam.com

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe