10 Cara Belajar Dengan Lebih Berkesan ~,~
5/17/2012 11:34:00 AMMesti korang berpendapat belajar merupakan sesuatu yg membosankan dan sukar..Buka buku teks pun dah rasa ngantok :P ..Memang la tengok la buku teks tebal mane -.- ...Ok.jom kita tengok cara belajar yang boleh buat kita senang nak ingat + lebih menarik ... (Oh Yeah, >.< !) Berikut adalah beberapa tips untuk anda bermula...
1. Dengar muzik sambil belajar
Dengar lagu-lagu menarik yang boleh menenangkan korang.Oiii..Orang suruh dengar lagu yang takde lirik punye ye..Kan syok sendiri dengar lagu, tak ingat apa yang dibaca pulak :P ..Tapi ada sesetengah orang boleh ingat walaupun dengar lagu yang berlirik..Ada desas-desus mengatakan muzik elektronik spt pop atau jazz sesuai untuk belajar..
2. Jauhi makanan ringan dan makanan asam yang boleh mengurangkan daya ingatan
Ada sesetengah makanan yang boleh menguatkan daya ingatan kita antaranya kacang soya, Sayur2an, buah2an, zat besi, minyak ikan, buah kurma, kismis, Rosemary, dan vitamin B. Amalkan lah pemakanan yang sihat untuk meningkatkan daya ingatan kita..Kurangkan makan asam ye ^^ .(Oh yea..makan kismis tu jgn la ingat makan satu botol jadi cerdik terus -.-...baca la selawat sambil makan tue bagi yg muslim)
3. Jauhi makanan yang berkalori tinggi kerana ia membuatkan pergerakan anda terbatas semasa belajar
Ia selalunya berkesan jika anda menggunakan makanan ringan sebagai satu bentuk layanan untuk diri anda setiap kali anda melengkapkan sebahagian daripada kerja yang dilakukan. Weii...Bukan makan makanan ringan spt Mr.Potato @ Pringles tu laa =.="..Cuba sesuatu yang mudah seperti epal atau pisang. Sesuatu dengan kandungan vitamin B yg banyak spt kacang dll...
4. Kawasan pembelajaran yang baik
Kawasan pembelajaran yang baik sangat penting kerana ia mempengaruhi kosentrasi untuk belajar...Korang perlu ada tempat belajar yang korang betul2 rasa selesa untuk belajar..Hias tempat belajar anda dgn perkara2 kegemaran spt nota penting,peringatan dan lain-lain..Tetapi pastikan tempat belajar anda teratur dan kemas...Jangan la letak banyak sangat barang sampai mengganggu tumpuan kita untuk belajar =P
5. Membahagi masa dgn membuat jadual masa untuk belajar dan masa2 lain untuk aktiviti lain
Janganlah belajar tanpa henti..(24 jam belajar jeng otak nanti :P )..Buat jadual waktu harian..Jangan BUAT tapi tak ikut pulak -.- ...Catat perkara yang perlu dibuat dan mulakan dengan perkara yg anda rasa ingin buat dahulu..
6. Jika anda suka mendengar muzik,buat lagu pendek dengan menggunakan poin penting yg sedang anda pelajari
Kalau tak sempat nak buat cari je kat Youtube :) ..Ada sesetengah lagu berkaitan dgn pelajaran.(haha..pandai2 lah cari :P)..Haaaa...budak2 zaman sekarang kan senang nak ingat lirik lagu dan suka sangat menyanyi sorang2..Cuba korang nyanyi poin2 penting dalam bentuk lagu setiap malam sebelom tidur,mesti boleh ingat punye.. :P
7. Tukar poin topik menjadi lakaran atau lukisan
Bagi sesiapa yang kreatif dalam melukis boleh menggunakan bakat anda untuk sambil belajar..
8. Gunakan perkataan ringkas/pendek
Buat perkataan pendek sendiri yang mudah utk ingat..Cthnya : Raja Bijak Pandai Selalu Jual Rojak
Raja - Rangkap
Bijak - Baris
Pandai- Perkataan
Selalu - Suku kata
Jual - Jeda
Rojak - Rima akhir
9.Buat nota ringkas dan senang dibawa ke mana sahaja
Buat nota kecil yang senang dibawa ke mana sahaja anda pergi..Bila ada masa terluang bacalah nota tue..InsyaAllah kita akan ingat poin2 penting yg perlu ada..eehhh..bukan kita..anda :P
10.Belajar menggunakan flash card seperti Quizlet
Gunakan flashcard untuk memudahkan lagi anda mengingati..
0 comments